RFI, FASA BARU HSR KL-SINGAPURA

RFI, Fasa Baru HSR KL - Singapura

KUALA LUMPUR, 8 OKTOBER 2015 – Satu persetujuan telah dibuat di antara Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Land Transport Authority (LTA) dan melancarkan satu kaji selidik pasaran bersama (market sensing exercise) melalui kaedah Permintaan Maklumat (Request for Information – RFI) berkaitan projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.

Projek rentas sempadan itu telah dipersetujui kedua-dua pemimpin; YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak dan rakan sejawatnya dari Singapura; Lee Hsien Loong pada tahun 2013 kini memasuki fasa baru dengan memulakan kaji selidik yang lebih terperinci bagi mengukur minat pasaran dan mengumpul pandangan serta melibatkan industri yang berkaitan dari aspek komersial dan teknikal projek.

Maklumbalas yang diterima hasil kaji selidik ini akan disalurkan di dalam perbincangan dua hala yang masih berjalan sebelum sebuah tender rasmi dapat dikeluarkan. Majlis pelancaran kaji selidik itu telah turut disaksikan YB Dato’ Sri Abdul Wahid Omar, Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia dan Encik Khaw Boon Wan, Menteri Penyelaras Prasarana dan Menteri Pengangkutan Singapura yang telah membuat kenyataan bersama kelmarin, 8hb Oktober.

Keperluan RFI adalah memandangkan perancangan pembinaan HSR sebuah projek infrastruktur yang besar lagi kompleks dan tanggungan yang akan dibiayai kedua-dua buah negara, pastinya terdapat cabaran yang perlu diselami dan dikaji secara mendalam berdasarkan pengalaman projek yang serupa pernah diilhamkan oleh beberapa buah negara luar menghadapi kedudukan kewangan yang serius.

HighSpeed Rail_0RFI itu dijangka akan menyerahkan laporannya pada hujung tahun ini. Syarikat-syarikat atau konsortium yang berminat mengambil bahagian di dalam RFI, melibatkan pelbagai bidang rekabentuk, pembiayaan, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan dari kedua-dua buah negara bolehlah melayari laman sesawang SPAD di www.spad.gov.my/hsr atau laman web LTA dia www.lta.gov.sg/hsr untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. 

Pastinya bilamana projek ini berjaya dilaksanakan, ia bakal memberi manafaat yang besar dalam hubungan dua hala kedua-dua negara melibatkan sosio-ekonomi dan hubungan politik. Laluan HSR dijangka akan mengurangkan masa perjalanan di antara stesen di Kuala Lumpur dan Jurong East di Singapura melibatkan 8 hentian kepada hanya 90 minit seperjalanan. – MNA

Pandangan di atas adalah pandangan peribadi. myNEWSasia tidak pernah mempengaruhi Penulis untuk menghasilkan artikel tersebut.  Pihak Pemilik dan Pihak Pengurusan myNEWSasia tidak bertanggungjawab atas artikel tersebut.

 

Add a Comment

Your email address will not be published.