DOSA BESAR NAJIB RAZAK TERHADAP PROFESIONAL MELAYU ! – PROWARIS

ProWaris-Jho Low

KUALA LUMPUR, 29 Februari 2016 – Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris) mengeluarkan kenyataan keras terhadap Dato’ Sri Najib Razak bahawa beliau telah melakukan ‘dosa besar’ terhadap komuniti Profesional Melayu di Malaysia.

Feriz Omar, Presiden ProWaris yang ditemui baru-baru ini berkata, “Berpuluh ribu anak Melayu Profesional Melayu yang bijak, mempunyai rangkaian luas di peringkat global, beriman, berakhlaq dan mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi tetapi Dato’ Sri Najib tetap memilih Jho Low, seorang anak Cina yang ramai tidak kenal latarbelakangnya !”.

ProWaris amat kesal dengan Dato’ Sri Najib kerana telah membenarkan 1MDB menjalankan urusniaga yang melibatkan berbillion-billion ringgit duit Rakyat Malaysia ekoran daripada nasihat Jho Low.

“Yang hanya kita tahu mengenai Jho Low adalah foto-fotonya yang tidak berakhlaq tersebar luas di internet dan juga sikap kurang ajar dan tidak hormatnya terhadap tuntutan soal-siasat 1MDB”.

Feriz Omar dengan nada kesal juga menganggap transaksi 1MDB tidak mendatangkan manafaat dari segi kewangan, pertumbuhan ekonomi mahupun pembangunan tenaga kerja Melayu.  Bagi beliau, ia adalah transaksi atas kertas dan tidak menyumbang pada ekonomi yang mampan.

“Seluruh negara dan seluruh dunia kini sudah tahu gara-gara transaksi 1MDB dengan nasihat Jho Low, Malaysia telah terjejas reputasinya di peringkat antarabangsa” tegas Feriz lagi.

ProWaris mengingatkan kepada Dato’ Sri Najib bahawa kelayakan komuniti Profesional Melayu rata-rata ditaja oleh Rakyat demi membangunkan masa depan Malaysia yang makmur, tetapi dalam konteks ini Profesional Melayu diketepikan.

“Bagi saya, Najib Razak telah melakukan satu ‘dosa besar’ yang tidak boleh dimaafkan oleh komuniti Profesional Melayu sampai bila-bila !!!”, kata Feriz Omar lagi.

ProWaris sekali lagi menasihati Perdana Menteri bahawa Malaysia kini sudah mencapai kemuncak ketidakstabilan negara dan perlukan tindakan berkesan dan cepat dari Perdana Menteri sebelum terlambat. – myNEWSasia