DEBAT 1MDB : SALLEH SAID KERUAK BATALKAN, PAKATAN RAKYAT TUNTUT TERUSKAN

syed keruak

KUALA LUMPUR, 3 NOVEMBR 2015 – Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak, Menteri Penerangan Malaysia yang baru dilantik lebih kurang tiga bulan lalu membuat keputusan untuk membatalkan perdebatan secara langsung antara Tony Pua dan Arul Kandar Jumaat ini,

“Kita menghormati kenyataan Tan Sri Pandikar selaku Speaker Dewan Rakyat siang tadi”, katanya.

Siang tadi Tan Sri Pandikar mengeluarkan kata dua agar debat itu tidak diadakan sekiranya Tony Pua tidak meletakkan jawatan sebagai ahli PAC dahulu, jika tidak beliau sendiri akan letak jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Desas-desus menyatakan bahawa Pakatan Rakyat masih mahu debat itu diteruskan dan mungkin akan hantar wakil lain bagi menggantikan Tony Pua. – MNA