HARGA ROKOK NAIK MENCECAH RM15.50 – RM18.00 SEKOTAK ESOK

bat

KUALA LUMPUR, 3 NOVEMBER 2015 – British American Tobacco membuat keputusan untuk menaikkan harga rokok bermula esok Rabu, 4 November 2015.

Harga asal RM13.80 kini dinaikkan kepada RM17.00, RM12.30 kepada RM15.50 dan RM15.00 kepada RM18.00 sekotak.

BAT Price List

Antara jenama rokok di bawah naungan British American Tobacco adalah Dunhill. Peter Stuyvesant, Pall Mall dan banyak lagi.

Selain pengharaman rokok oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kerana boleh memudharatkan kesihatan, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan juga tidak membenarkan budaya rokok di pasaraya-pasaraya dan pejabat.

Selain Shisha yang diharamkan juga oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, budaya Vape juga kini mendapat tekanan dari penguatkuasaan Kementerian Kesihatan Malaysia – MNA