BUMI ASIA BERGEGAR : JDT JUARA AFC 2015!

JDT20

Foto : Kapten Shafiq Rahim (Tengah), Gomez (Kiri) dan Figueroa (Kanan). Shafiq terpilih sebagai Pemain Terbaik manakala Figueroa menjaringkan 4 gol sepanjang kejohanan.

DUSHANBE, 30 OCTOBER 2015 – Bumi Asia terutamanya bumi Malaysia dan Johor Darul Takzim bergegar keseronokan menyambut kemenangan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) mengalahkan pasukan Istikol dari Tajikistan.

Kemenangan 1-0 itu di peroleh JDT setelah bertarung hampir seratus minit termasuk waktu tambahan.  Perlawanan terakhir JDT itu disaksikan juga oleh DYMM Sultan Ibrahim Ismail, Sultan dan DiPertuan Jajahan Takluk Johor bersama YAB Dato’ Khaled Noordin, Menteri Besar Johor.

Pemain tengah Argentina, Leandro Velazquez menjaringkan gol tunggal perlawanan dalam separuh masa pertama menjadikan JDT sebagai pasukan bola sepak Malaysia pertama yang memenangi piala bola Asia berprestij Asia Footbal Confederation (AFC).  Sebelum itu, Selangor pernah melayakkan diri dalam pertandingan akhir setaraf AFC iaitu Asian Club Championship pada tahun 1967.

SEJARAH MENGUKIR SEJARAH PIALA AFC

2004 : Al-Jaish (Syria)
2005 : Al-Faisaly (Jordan)
2006 : Al-Faisaly (Jordan)
2007 : Shabab Al-Ordon (Jordan)
2008 : Al-Muharraq (Qatar)
2009 : Al-Kuwait (Kuwait)
2010 : Al- Ittihad (Saudi)
2011 : FC Nasaf (Uzbekistan)
2012 : Al-Kuwait (Kuwait)
2013 : Al-Kuwait (Kuwait)
2014 : Al-Qadsia (Kuwait)
2015 : Johor Darul Takzim (JDT) (Malaysia)

Pasukan Istikol juga telah bermain cemerlang terutamanya melalui pemain-pemain impot mereka dari Iran yang telah melakukan serangan bertubi-tubi dalam separuh masa kedua.  Mujur kubu pertahanan JDT kebal melalui Farizal Marlias, Aidil Zafuan dan Marcos Antonio Elias Santos tangkas beraksi.  Selain itu, tiga orang pengadil dari Jepun juga telah menggalas amanah dengan baik dengan menidakkan tiga jaringan gol kerana ‘offside’ dan ‘fault’.

JDT11

Sempena kejayaan JDT menggondoli Piala AFC buat julung-julung kalinya, Datuk Ismail Karim, Ketua Setiausaha Kerajaan Johor mengisytiharkan bahawa esok Ahad, 1 November 2015 adalah hari cuti peristiwa untuk semua rakyat Johor.

Syabas diucapkan kepada Shafiq Rahim, Kapten JDT yang telah terpilih sebagai Pemain terbaik perlawanan, penjaga gol Farizal Marlias yang beraksi cemerlang, para pemain, pihak pengurusan dan gerombolan penyokong pasukan JDT.

Sesungguhnya, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) telah membina kekuatan luar biasa dalam tempoh tiga tahun sejak Harimau Selatan ditubuhkan.  Bersyukurlah atas kejayaan demi kejayaan yang Allah kurnia kepada kita. Semoga ia menjadi penyuntik semangat bagi kita membina lebih banyak lagi kejayaan di luar dugaan, in shaa Allah. – MNA