LAPORAN FITCH TERHADAP BAJET 2016 PUNCA PASARAN SAHAM KLCI DAN NILAI RINGGIT MENYUSUT ?

KLCI

KUALA LUMPUR, 28 NOVEMBER 2015 – Nilai matawang Ringgit semakin menyusut sementara pasaran saham Kuala Lumpur Composite Index (KLCI) mengalami kejatuhan besar tengahari tadi.

Nilai tukaran Ringgit Malaysia kepada USD jatuh ke paras RM4.28, penurunan hari ketiga berturut-turut.

Pasaran saham KLCI yang menyenaraikan saham-saham terbaik Malaysia juga jatuh 10.18 poin yakni sebanyak 0.6% mencecah ke paras 1,686.77 poin tengahari tadi.

Selain kejatuhan pasaran saham itu seiring dengan bursa saham serantau, ramai menyaksikan kejatuhan nilai matawang serta pasaran saham Malaysia adalah kerana laporan Fitch yang mengeluarkan signal negatif terhadap Bajet 2016 dua hari lalu.

Foto : Begitu banyak elemen-elemen yang diguna dalam unjuran Bajet 2016 yang dibentangkan Najib terdedah kepada pelbagai risiko

Foto : Begitu banyak elemen-elemen yang diguna dalam unjuran Bajet 2016 yang dibentangkan Najib terdedah kepada pelbagai risiko

Dalam laporan Fitch, Bajet 2016 yang diumumkan Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan Malaysia adalah optimistik dan berisiko.

Fitch adalah antara syarikat penarafan ekonomi dan kredit antarabangsa yang sering disebut-sebut oleh Najib dalam ucapan-ucapannya yang mengiktiraf formula ekonomi Malaysia yang dikendali oleh Najib adalah stabil. Malangnya Najib dikritik oleh Fitch dalam Bajet 2016 yang dibentang beliau Jumaat lalu. – MNA